23 June 2011

Sekarang mudah untuk edit gambar!

Dahulu, jika kita ingin membuat editing pada gambar kita untuk dimasukkan ke dalam entri blog, kita perlu membuatnya di perisian khas pada komputer kita untuk edit gambar atau mendapatkan laman web tertentu bagi membantu mengedit gambar. Banyak perkara yang kita perlu belajar dan bagi sesetengah perkara kita perlu mahirkan untuk menghasilkan yang terbaik buat gambar kita.


Kini tak lagi kerana ia semakin mudah dengan blogspot!


Kerana apa? Kerana kini pihak blogger.com telah pun menyediakan kemudahan untuk mengedit menggunakan perisian PICNIC. Ok bagaimana mahu gunakan. Ya betul, kadang-kadang kita tidak perasan dengan kemudahan ini. Jadi tugas saya untuk memberitahu mana-mana yang kita terlepas pandang.

Klik pada gambar (selepas kita upload) kemudian klik "Edit Image". Ok, anda sudah boleh mengedit gambar anda dengan cara yang anda suka.. Ia mudah sahaja dan klik "Save" apabila sudah berpuashati. Untuk kesan lebih banyak perlu upgrade. Dah.. Itu sahaja!

*Bila mahu upgrade, biasalah.. Kenalah bayar.. :)

0 comments:

Post a Comment