16 June 2011

Baca lagi..

Di atas adalah contoh "Read more" Tetapi saya telah ubah kepada "Jom Baca Lagi.." yang saya buat sendiri untuk blog ini. Read more adalah default atau teks lalai apabila kita menggunakan blogger. Dahulu saya terpaksa mengubah suai skrip html untuk menghasilkannya. Kini tak lagi.. ia amat mudah. Itulah ciri-ciri kemudahan yang disediakan pihak blogger cuma mahukan kita perasan atau tidak sahaja bagi mengetahui dan menggunakannya.

Oh, ya terlupa saya nak terangkan kenapa saya gunakan Read more ni. Apabila kita telah banyak entri yang telah kita paparkan di blog adalah tidak begitu elok kalau kita membiarkan entri kita itu berada pada paparan satu muka penuh. Tetapi harus dilihat juga kepada setting yang kita telah setkan pada ruangan Settings adakah kita membenarkan 1 atau 3 atau 5 atau lebih? Jika lebih dari lima entri pada satu ruang paparan blog utama, ia akan membuatkan pembaca akan skrol lebih jauh untuk melihat paparan blog terakhir. Pada saya ia lebih cantik jika ia seimbang dengan sidebar wijet yang tersedia disebelah dan akan lebih cepat untuk loading paparan blog kita.

Ok, caranya adalah seperti berikut.. Apabila anda telah selesai menaip entri blog atau semasa anda menaip, anda boleh rancang dan meletakkan terlebih dahulu cursor anda pada bahagian yang anda mahu ia dipisahkan seperti pada paparan imej di atas. Klik ikon Insert Jump Break juga seperti yang saya tunjukkan pada paparan imej tersebut dan siap. Ok itu sahaja! 

Tetapi jika anda mahu Read more atau Baca lagi itu diubah kepada teks anda sendiri, anda boleh klik Design --> Blog Post klik Edit...


Kemudian, anda taip sahaja teks yang anda mahukan seperti ditunjukkan pada paparan imej dibawah ini. Jangan lupa klik Save.


Ok selesai. Sekarang, cuba lihat perubahan yang telah anda lakukan pada blog anda... :) Jumpa lagi... 

Adioss..!

0 comments:

Post a Comment