08 June 2011

Buat Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Selamat datang ke entri saya yang pertama. Seperti biasalah, tak sah kalau entri membina blog menggunakan self host yang percuma seperti blogger blog atau blogspot ini tidak diterangkan berkenaan bagaimana membina blog. Ok, tanpa membuang masa, yang pertama sekali anda mesti ada akaun e-mel dari google. Daftar dahulu akaun e-mel anda di sini https://mail.google.com

 

Oh ya, saya pasti sebelum anda ingin membuat blog, anda sudah rancang terlebih dahulu niche atau tajuk dan konsep blog yang anda perlukan. Ia semestinya termasuk tema warna, bentuk blog dan lain-lain. Tidak mengapa yang penting anda tahu apa yang anda mahu sebelum berblogging. Perkara yang lain sebagai tambahan boleh dilakukan kemudian.

Langkah ke-2...

Selepas mempunyai akaun e-mel dari google, layari http://blogger.com. Klik "CREATE YOUR BLOG NOW" (atau dalam versi lain "Get Started"). Hanya ada 3 langkah sahaja. Ikuti langkah seterusnya di bawah.
Kemudian anda akan dibawa ke ruangan seterusnya di sini "Create a Google Account". Di ruangan ini, isikan maklumat yang diperlukan dan klik "Continue".

Ikuti langkah seterusnya di ruangan "NAME BLOG" dan langkah yang terakhir adalah memilih templat yang anda suka di ruangan "CHOOSE TEMPLATE".

Klik "DESIGN" kemudian klik "TEMPLATE DESIGNER". Anda akan di bawa ke satu ruangan yang anda boleh peribadikan sendiri blog yang anda perlukan seperti memilih templat, latar belakang, paparan, kelebaran blog dan lain-lain lagi. 

Jika sudah puashati dengan pilihan anda, klik "APPLY TO BLOG" seperti imej di bawah ini.


Sudah siap! Sebenarnya sebelum anda membuat konfigurasi blog anda, anda sudah pun boleh menulis blog post anda yang pertama selepas anda mengaktifkan akaun ini. Tetapi adalah lebih baik mengindahkan dahulu blog sebelum menulis.. Walau bagaimanapun, tahniah kerana anda berada pada blog asas yang bagus!

Jika anda berada di ruangan seperti imej yang di atas, klik "Back to Blogger", Klik "Posting" dan klik "New Post." Imej di bawah adalah bahagian posting versi terkini.


Anda boleh tentukan pilihan selanjutnya atau mengkonfigurasikan akaun blog anda dengan klik "Setting" atau jika anda mahu menukar bahasa ada di bahagian "Dashboard". Apabila anda telah memasuki ruangan ini, ruangan bahagian dashboard atau papan pemuka adalah berada di atas.

Selamat berblogging!

0 comments:

Post a Comment