14 June 2011

Expand Widget Template

Jika kita hendak membuat modifikasi pada blog templat kita, kebanyakkannya kita perlu tandakan pada checkbox "Expand Widget Templates". Terdapat beberapa tujuan, kita tidak perlu menandakannya. Tidak banyak blog tutorial yang mengeluarkan jawapan ini. Tetapi itu adalah asas yang perlu kita tahu.


Kadang-kadang skrip asas yang perlu di cari untuk membuat modifikasi tidak ada atau tidak dijumpai walau kita telah menekan tombol Ctrl+F bagi memudahkan carian. Ini mungkin disebabkan kita tidak klik "Expand Widget Templates". Bagi blogger yang tiada asas pengetahuan dalam skrip html dan kaum kerabatnya seperti CSS, Javascript, xhtml, xml dan lain-lain tetapi ingin membuatnya sendiri dan mendapatkan skrip tertentu dari blog tutorial seperti blog ini kadang-kadang menghadapi masalah kerana tidak berjumpa skrip yang diberikan dalam xml blog mereka. 

Jika telah menandakannya dan tidak berjumpa juga ini bermakna kita memang tidak boleh mendapatkan skrip tersebut dan perlu mendapat skrip yang lain kerana kod XML untuk setiap blog tidak semuanya boleh diperolehi sama asasnya. Jadi teknik lain perlu dibuat atau dicari agar apa yang kita mahu untuk blog kita itu tercapai.

Cuba lihat perbezaan antara kedua paparan yang saya berikan di atas dan di bawah sebelum dan selepas kita menandakan "Expand Widget Templates". Di atas adalah gambaran skrip sebelum di tanda "Expand Widget Templates".

Ini pula adalah paparan selepas ditanda "Expand Widget Templates". Ini menunjukkan skrip tersebut telah dikembangkan lagi untuk menampilkan skrip sebenar yang kita dapat cari. Dapat lihat tak perbezaannya? Sila klik pada imej untuk lebih jelas. Mencari perbezaan adalah langkah pertama untuk mendapatkan pengetahuan asas skrip HTML dan mengetahui perbezaan kaum kerabatnya. :)

0 comments:

Post a Comment