09 June 2011

Blogger Terkini, +1 dan Favicon

Melihat kepada paparan video dibawah, membuatkan para blogger yang menggunakan blogger blog akan merasa lebih seronok lagi untuk menulis. Paparan terkini yang lebih kemas dan cantik adalah tujuan untuk menambahkan lebih pengguna blog dengan menggunakan self host blog ini.



Saya adalah pengguna draft blogger iaitu pemapar dashboard blogger versi beta. Ia membawa maksud setiap percubaan blogger.com akan di uji cuba di sini dahulu. Sekiranya anda ingin bertukar ke versi ini untuk log masuk blogger.com, anda boleh klik link ini http://draft.blogger.com

Apa yang saya sedari sejak beberapa hari yang lalu apabila saya log masuk untuk menulis entri terbaharu, saya telah melihat perubahan yang dilakukan pihak blogger.com seperti tombol +1 dan Favicon. Anda boleh lihat video yang saya sediakan dibawah.

Tombol +1 - Ini adalah cara terbaru untuk menaikkan tahap blog kita di Google Search Engine. Secara ringkasnya ia dikira berdasarkan berapa ramai pengunjung yang klik tombol/ikon +1 tersebut.

Favicon - Sebelum2 ini banyak kerja manual yang terpaksa saya buat untuk menambah baikkan laman web agar lebih peribadi. Salah satunya adalah dengan menggunakan favicon. Kini ia lebih mudah dengan hanya memuat naik imej atau gambar dari komputer kita untuk dijadikan favicon. Saiz imej yang hendak di gunakan sebagai favicon adalah bersaiz 16 x 16px. Ia adalah saiz sebenar untuk favicon.ico

Anda boleh juga membuat favicon ini di link ini : http://www.icoconverter.com Kebiasaannya saya buat atau laraskan imej/gambar saya tersebut menggunakan perisian grafik seperti photoshop, GIMP dan lain2. Namun dengan adanya kemudahan dari blogger.com semuanya itu tidak perlu dilaraskan. Ia akan dibuat secara auto melalui blogger.com. Berikut dibawah ini adalah paparan imej kemudahan menggunakan favicon yang disediakan blogger.com

Paparan imej di atas adalah contoh favicon. Favicon juga akan berada di URL address bar.

Contoh kemudahan terkini dari blogger blog(blogspot) di atas. Selepas log masuk dan klik "Design" di dashboard, anda akan melihat Favicon tersebut. Hanya klik "Edit" dan anda sudah boleh mula memuat naik imej yang anda perlukan untuk dijadikan favicon.

 
Anda juga boleh buang favicon dan boleh menggantikan dengan imej yang lain dengan mudah.

Paparan imej blogger blog yang telah ditukar kepada imej favicon sendiri.

Ok sampai di sini sahaja dahulu. Bersambung untuk tutorial dan tips di lain masa. Semoga anda juga berasa gembira dengan perubahan yang dilakukan blogger blog...

0 comments:

Post a Comment