Profil

Saya memiliki syarikat Pemilikan Tunggal yang berdaftar sejak tahun 2007 lagi. Saya membuat program keusahawanan secara offline seperti Bimbingan Peribadi, Kursus/Bengkel/Seminar, Kejuruteraan, menghasilkan produk Kraf sebagai hobi dan sampingan pendapatan. Saya juga menerima tempahan katering kecil-kecilan dan juga menjual pakaian bayi dan kanak-kanak.

Pada dasarnya saya menjalankan produk dan perkhidmatan bisnes yang berasaskan dari rumah secara konvensional. Tetapi saya tetap juga menjalankan bisnes-bisnes Internet. Dalam usaha memberi kepelbagaian dalam minat dan kecenderungan dalam seni, saya mengaplikasikannya di internet dengan menjurus dalam bidang web/blog grafik.

Dalam pemasaran internet, saya bermula sejak tahun 2007 lagi seiring dengan memiliki perniagaan berdaftar. Belajar sedikit demi sedikit dari tahun tersebut kerana keterbatasan waktu, kini bidang perniagaan internet sudah menjadi perniagaan utama saya.

Perniagaan saya adalah lebih kepada bisnes SOHO (Small Office Home Office) atau perniagaan yang berasaskan dari rumah. Pengkhususan kepada bimbingan dan motivasi perniagaan seperti dalam bentuk penulisan, bimbingan idea bisnes dan peraturan. Walaupun kelihatannya saya menguruskan bisnes ini sendiri, tetapi saya di bantu oleh beberapa orang yang tidak rasmi yang dikontrakkan mengikut kerja yang perlu dilakukan, serta rakan usahasama yang lain.


Pautan Web

Saya juga telah membina beberapa laman web yang membantu dalam menjalankan bisnes secara online. Berikut adalah beberapa laman web utama saya.

Cara Membina Laman Web
Ia mudah kerana ia video tutorial ini dalam bahasa melayu. Jika anda ingin belajar buat website dan blog anda boleh layari laman web ini di http://caramembinawebsite.com

Kombinasi dan koleksi ebook percuma!
Bagi mendapatkan koleksi e book percuma dan e book kombinasi bisnes, anda boleh klik laman web ini di http://h2jbiz.com


Bimbingan Peribadi

Secara ringkasnya Program Bimbingan Peribadi  adalah untuk memberikan bimbingan keusahawanan mengikut tajuk-tajuk yang telah disediakan.

  1. Bisnes SOHO
  2. Bina Web

Ia terbahagi kepada 2 pilihan. Secara konvensional adalah dengan berjumpa dan memberikan tunjuk ajar secara langsung. Ia lebih praktikal jika lokasi saya ketika itu berdekatan dengan peserta. Jumlah peserta  untuk satu-satu masa adalah tidak lebih dari 1-3 orang sekali sesi.

Pilihan kedua adalah secara online dengan menggunakan Yahoo Messenger atau Skype.

Yuran akan diberitahu mengikut kesesuaian masa yang diperuntukan, kaedah, tajuk serta lokasi.


 Seminar/Bengkel/Kursus

Seminar/Bengkel/Kursus keusahawanan adalah berkala. Dan mungkin tidak diadakan secara tetap setiap bulan. Tajuk diberikan pada laman blog ini dari masa ke semasa.

Anda boleh lihat di ruangan ini dan diletakkan dari masa ke semasa jika terdapat perancangan untuk mengadakannya. dengan melihat update tarikh serta tajuk terkini.


Pakaian bayi dan kanak-kanak

Blog terbaharu dari saya. Ia adalah hasil kerjasama/usahasama adik-adik saya sendiri. Kami memastikan ia adalah yang comel dan terkini. Blogshop kami boleh dilayari di www.cakceko.blogspot.com


Kraf

Untuk melihat hasil kraf dari syarikat kami, anda boleh layari di sini www.j-kraf.blogspot.com

Buat masa ini keterangan ringkas di atas dapat membantu mengenali dengan lebih dekat bisnes yang kami usahakan. Ia hanya sebagai hobi dan bakat yang dijadikan pendapatan.


Laman Blogspot Lain :


Ia adalah satu-satunya blog berbahasa omputih dari saya. Err.. Saya terima cabaran ini walau saya bukanlah bagus untuk berbahasa inggeris.. Harap komen yang membina datang dari anda untuk blog ini. Blog ini di hasilkan untuk memberi idea blog-blog percuma di internet sebagai pilihan untuk anda mendapatkannya.


J-Reka
Blog ini meletakkan kesemua blog dan web hasil rekaan saya. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat saya untuk me-reka blog atau web untuk anda, kini ia sudah terbuka. Buat masa ini saya memberikan tumpuan untuk membina mana-mana blog atau web yang lebih simple dan khusus untuk kumpulan mereka yang mahukan harga yang lebih ekonomi.
Blog ini adalah khusus untuk kupasan atau ulasan buku-buku motivasi dan perniagaan. Berita baik untuk IM juga kerana saya akan mengulas e-book - e-book yang telah saya baca.
Sukar untuk saya mendapatkan url yang sesuai. Semuanya telah pun dimiliki. Yang sedihnya, ada nama yang bagus tetapi berhantu kerana sudah lama tidak di update oleh pemilik blog itu sendiri dan ada juga tidak bersesuaian dengan tema penulisan blognya. Saya kalau boleh tidak mahu nama blog bagi blogspot itu dieja terlalu panjang.. Oh begitukah.. Akhirnya saya memilih nama ini (available) huhu..
Blog ini akan memberikan tips, info dan tutorial berkenaan permasalahan web, blog, internet dan komputer.


J-Bloggerblog
Blog ini terhasil adalah disebabkan saya menyedari bahawa ramai yang buntu mendapatkan tips dan tutorial berkenaan blogger blog (blogspot). Mungkin disebabkan ingin membina, menambah widget, mencantikan lagi atau memperibadikan blog sendiri dan juga mahukan tips-tips yang lain. Dengan itu saya berusaha dari masa ke semasa memberikan jalan penyelesaian kebanyakkan blogger.

Diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat membantu para blogger terutama yang berkaitan dengan blogspot.

Rumusan dan keterangan ringkas bisnes saya

Saya menjalankan seminar keusahawanan lebih niche kepada bisnes SOHO (Small Office Home Office)  seminar dan penulisan. Penerangan bisnes SOHO dalam seminar lazimnya adalah secara umum beserta idea-ideanya yang akan dibekalkan. Seminar ini tidak selalu saya mengadakannya. Ia adalah mengikut masa dan juga permintaan. Saya akan beritahu dari masa ke semasa sekiranya saya menjalankan seminar ini.

Saya menjalankan bimbingan secara peribadi untuk bisnes SOHO dan laman web asas. Tetapi hanya apabila saya berada di satu-satu tempat dan di satu-satu masa (akan diberitahu jika saya outstation kemana-mana) atau pun bimbingan peribadi ini dapat saya laksanakan di kawasan terdekat dengan saya.

Saya menjual barangan-barangan terpakai samada lama atau baru. Tetapi ia adalah mengikut stok. Akan diberitahu di sini jika ada stok baru. Untuk produk 2nd hand ni ada blog yang telah saya sediakan tetapi belum sempat dikemas kinikan. Akan dimaklumkan jika telah bersedia.

Saya juga menjalankan bisnes mosaic kraf dan kraf kreatif barangan terpakai/baru. Laman yang saya sediakan buat sementara waktu ada di http://www.j-kraf.blogspot.com

Terimakasih kerana mengunjungi blog saya!


Saya boleh di hubungi menerusi:

E-mel : mel@hairizal.com

Laman FaceBook : www.facebook.com/jaigoku

Surat Menyurat :

Hairizal Bin Hamidon
Daya Glokal Enterprise
No. 1 Jalan Saujana Bistari 10,
Taman Saujana, 86000, Kluang
Johor


Yang ikhlas,

Hairizal Hamidon a.k.a Jaigoku