07 July 2011

Tutorial Khas Pelanggan

Salam sejahtera, pada kali ini saya ingin menunujukkan tutorial khas buat pelanggan saya yang membuat blog dengan saya menggunakan blogspot.

Klik pada gambar untuk membesarkan imej.
Ok, mula sekali saya akan tunjukkan secara asas sign in seterusnya menulis dan meletakkan gambar.

Jalankan internet dan taip di address bar URL berikut "www.blogger.com" seperti imej di atas

Isikan e-mel anda dan password seperti gambar di atas.

Klik 'NEW POST' untuk mula menulis.

Imej 4
Anda boleh terus menulis ayat seperti yang ditunjukkan no.1. Fungsinya adalah sama sahaja seperti Microsoft Word.

Sekiranya anda ingin memasukkan imej, anda boleh memasukkan gambar atau imej dengan klik pada tanda no.2 iaitu "Insert image" seperti yang telah dibulatkan. Sebelum itu caranya adalah meletakkan cursor pada tempat yang kita mahu gambar itu diletakkan barulah klik ikon "Insert image" tersebut. Lihat kedudukan cursor dalam gambar di bawah.

Berikut di bawah adalah imej box yang terpapar selepas anda klik "Insert image". Kemudian, klik "Choose files" seperti di bawah.


Pilih imej yang anda kehendaki dari file simpanan imej dalam komputer anda.


Selesai, klik "Add selected" seperti imej di atas. Dan imej yang anda pilih akan berada pada kedudukan yang anda pilih tadi. Gambarannya adalah seperti imej dibawah. Jika anda mahu mengubah kedudukan imej, klik pada imej dan akan terpapar seperti imej di bawah.


Pada Imej 4 di atas, sebagai pilihan, (jika mahu tulis atau tak, terpulang kepada anda) pada anak panah no.3 anda boleh tulis pada "Labels". Untuk tutorial saya ini saya telah tulis "Tutorial" sesuai dengan entri blog yang saya tuliskan. Anda akan boleh lihat label yang telah saya tulis berada di bawah setiap entri.

Masih lagi pada Imej 4 di atas. Apabila telah selesai menulis atau meletakkan imej dan berpuas hati, anda boleh klik "PREVIEW" dahulu atau terus klik "PUBLISH POST" pada anak panah no.4. Biasanya pihak blogspot secara automatiknya telah save kan beberapa saat apabila anda telah selesai menulis setiap satu patah perkataan untuk suatu entri.


Ok, dah selesai. Lihat imej di atas ia adalah dari hasil tutorial asas yang telah kita buat ini telah sedia di lihat oleh orang ramai yang berkunjung ke blog kita.

Jika anda ingin membuat pelarasan atau setting:
Pada bahagian "Dashboard" kita, klik "Setting". Ia ditunjukkan seperti imej di bawah.


Anda boleh setting apa yang anda perlukan di sini. Atau boleh ubah semula apa yang telah dibuat untuk anda.


Di bawah ini adalah imej yang menunjukkan bahagian "Formatting". Anda boleh klik untuk membetulkan atau laraskan ikut keperluan anda.


Anda juga boleh mengubah susun atur paparan hadapan blog anda di bahagian "Design" seperti di bawah. Klik "Design".


Di bahagian design, anda boleh ubah kedudukan susun atur widget jika anda perlu. Ia ditunjukkan seperti imej di bawah.


Ok setakat ini sahaja dahulu. Saya telah paparkan tutorial asas yang paling biasa dilakukan oleh para blogger blogspot. Jika terdapat sebarang kemusykilan sila beritahu saya atau bertanya melalui ruang komen. Terima kasih kerana mendapatkan produk dan perkhidmatan saya. Semoga blog anda akan kelihatan lebih sempurna.

2 comments:

  1. salam, sy nk tnya, cam mane ya kita nk setting blog supaya bila org search kt google bleh jumpa kita punya blog. boleh tunjuk step x? thanks :)

    ReplyDelete
  2. Salam, dapatkan terlebih dulu keyword yang paling banyak orang klik di internet.. di google adwords. Sebagai contoh jika blog kita berkenaan pakaian; cuba cari perkataan yang berkaitan seperti baju berapa carian dan cuba cari baju kurung pula berapa carian. Cari word yang paling banyak dan saingan yang sedikit kemudian senaraikan.

    Kemudian di blog kita ;Saya berikan simple steps :

    Setting

    Title : Pakaian Murah Online (contoh)

    Description : Masukkan perkataan yang banyak di cari pengguna diinternet yang kita cari di google adwords tadi..

    Petua#1 : Rajin2 update blog serta konsisten

    Petua#2 : Beri komen di blog orang lain yang punyai ramai pengikut dan aktif.

    Sebenarnya banyak cara lagi. Tapi cuba buat yang penting ni dulu..

    ReplyDelete