14 June 2011

Hilangkan atau munculkan Navbar

Apa itu Navbar? Seperti yang telah diperlihatkan di atas, itulah yang dikatakan Navbar, singkatan bagi Navigation Bar. Bagi kita yang menggunkan blogspot, pasti akan ada navbar ni. Ia berada di atas blog skrin komputer kita. Tujuannya adalah untuk memudahkan kedua belah pihak samada pihak blogger.com atau pihak pengguna blog. Masing-masing ada keperluannya. Jika dilihat dari segi kelebihannya pula terdapat kelebihan kepada pihak blogger.com dan juga kepada penggunanya.


Terdapat perbezaan pendapat berkenaan boleh ke kita padamkan navbar ni? Ada yang kata boleh.. "Ha.. tu, dah takde..!" - Ni tak paham soalan nih! Maksudnya bolehkah dari segi terma dan syarat penggunaan blog dari blogger.com? Kita mengatakan boleh sebab dah bertahun-tahun guna tanpa navbar, tiada pun pihak blogger memadam blog kita..! Ada pula yang berkata tidak boleh dan mengatakan bahawa pihak blogger.com boleh atau akan padam akaun blog kita.

Jika saya adalah pengasas kepada blogger.com pasti saya juga tidak mahu atau tidak suka pengguna blogspot memadam navbar yang telah saya sediakan. Tapi saya pasti berfikir semula, jika saya memadam akaun blog pengguna, sudah pasti wang masyuk juga berkurangan, ditambah pula sekarang persaingan semakin sengit terutama dari laman sosial seperti Facebook.

Bagi kita, navbar tu tak cantik, ada pula kata tidak akan nampak pro, ada pula kata blog akan nampak lebih kemas dan pelbagai pendapat lagi. Ok baik, kalau macam tu saya tunjukkan bagaimana kita boleh menghilangkan navbar tu. Ada beberapa cara. Saya tunjukkan satu cara yang saya telah gunakan.

Klik Design --> Edit HTML --> Expand Widget Template (tandakan)

Untuk memudahkan anda mencari dan mendapatkan skrip atau kod, tekan tombol keyboard Ctrl+F. Cari skrip ini --> /* Variable definitions

Lihat imej dibawah : (Klik pada imej untuk membesarkan imej)

Kemudian masukkan kod ini : 
#navbar-iframe {display: none !important;}
Anda akan dapat melihat perbezaan seperti contoh imej di bawah ini.

Apabila telah selesai klik --> SAVE TEMPLATE

Ok, semudah itu! :)

Dan jika ada yang mahukan navbar tu balik hanya buang skrip itu semula. Melainkan mungkin jika anda telah membuat beberapa perubahan pada skrip xml, maka ia tidak dapat dilakukan dengan cara ini. Ia perlu kepada langkah-langkah yang lain.

Semoga ia membantu.. :)

0 comments:

Post a Comment